'Isteri kedua dinikahi tanpa restu wali, keluarga' - Peguam dedah kisah sebenar disebalik lelaki beristeri 3 | The Reporter

‘Isteri kedua dinikahi tanpa restu wali, keluarga’ – Peguam dedah kisah sebenar disebalik lelaki beristeri 3

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki yang berkongsikan perkahwinan ketiganya di media sosial dan mendapat perhatian meluas dalam kumpulan Poligami Harmoni di Facebook. Dalam hantaran berkenaan juga dia mendedahkan sudah empat tahun berpoligami.

Perkahwinannya dengan isteri ketiga baru-baru ini dikatakan mendapat restu kedua-dua isteri.

Bagaimanapun, tular pula kenyataan dari seorang peguam,Asiah Abd Jalil yang mendakwa kisah sebenar di sebalik kenyataan yang dibuat lelaki berkenaan.

Pernikahan lelaki tersebut dengan isteri kedua dikatakan mendapat keizinan dari isteri pertama, namun tidak mendapat restu dari wali dan keluarga isteri kedua.

“Sebelum bernikah, isteri kedua lari dari rumah. Berbulan-bulan tanpa khabar berita. Suami failkan permohonan wali enggan di mahkamah syariah. Akhirnya berjaya menikahi isteri kedua.

“Isteri kedua kini sedang hamil,” katanya.

Menurut peguam ini, isteri ketiga pula dinikahi di Thailand, juga tanpa restu wali dan keluarga dan pernikahan mereka sudah hampir setahun.

“Majlis perkahwinan isteri ketiga diadakan baru-baru ini. Sekadar nak tutup cerita pasal kahwin lari di Thailand. Kononnya isteri-isteri reda dan support madu 3,” katanya.

Lelaki berkenaan juga dikatakan tidak berlaku adil dalam menyediakan tempat tinggal buat isteri-isterinya.

“Isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal serumah.Isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami.

“Giliran bermalam para isteri, ikut suka hati suami. Adil tak adil, jangan persoal,” tulisnya.

Dalam pada itu, peguam ini turut mendedahkan isteri kedua pernah diceraikan menerusi WhatsApp namun kembali rujuk. Isteri kedua juga dikatakan pernah dipukul suami dan isteri pertama.

Sedar isu ini mula mendapat perhatian ramai, lelaki berkenaan menjelaskan dakwaan yang berlegar adalah fitnah.

Related Posts