Isteri buat laporan polis kerana dipaksa suaminya melakukan hubungan seks sepanjang 2 malam sehingga cedera - The Reporter

Isteri buat laporan polis kerana dipaksa suaminya melakukan hubungan seks sepanjang 2 malam sehingga cedera

KUCHING, SARAWAK – Tidak tahan dengan kecederaan di bahagian sulit, seorang isteri terpaksa membuat laporan polis selepas dipaksa suaminya melakukan hubungan seks sepanjang dua malam pada hari berbeza, lapor Utusan Borneo
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Semariang, mangsa berusia 46 tahun mendakwa insiden itu mula berlaku sekitar hujung bulan April, namun hanya membuat laporan polis berhubung kejadian semalam kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan. 
Mangsa juga mendakwa lelaki itu mengugut mahu membunuhnya sekiranya dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain. 
“Mangsa terdahulunya dikatakan diugut akan dibunuh jika mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum suaminya yang dalam keadaan marah terus memaksanya melakukan hubungan seks sepanjang malam menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya. 
“Suami mangsa dikatakan mengulangi perbuatan itu beberapa hari kemudian menyebabkan mangsa terpaksa membuat laporan polis kerana memerlukan rawatan di hospital,” kata sumber Utusan Borneo. 
Difahamkan, siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian itu masih dijalankan. – The Reporter
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!