'Isteri aku rupa-rupanya lelaki' - Keluarga pengantin lelaki buat laporan polis - The Reporter

‘Isteri aku rupa-rupanya lelaki’ – Keluarga pengantin lelaki buat laporan polis

Seorang lelaki di Cianjur, Indonesia, terkejut apabila mendapati wanita yang dinikahinya adalah lelaki berperwatakan wanita berusia 26 tahun.

Hubungan pasangan itu bermula selepas mereka berkenalan melalui media sosial pada 2023.

Selama berhubungan, ‘wanita’ bernama Adinda Kanza itu kerap memakai pakaian muslimah dan menampakkan dirinya seperti seorang wanita tulen.

Merasakan hubungan yang dijalin itu sepadan, mereka mengambil keputusan untuk bernikah di rumah. Adinda menggunakan wali nikah dari tokoh agama setempat dengan alasan bapa kandungnya hilang entah ke mana.

“Dia mengaku hanya tinggal bersendirian. Ibunya sudah meninggal dunia dan bapanya tidak diketahui berada di mana. Jadi walinya itu bukan bapa kandung, mahupun dari ahli keluarganya.

“Dia berbuat demikian bagi menyembunyikan identiti asalnya yang merupakan seorang lelaki. Pernikahan mereka juga dilakukan di rumah lelaki itu secara sederhana,” kata Ketua Unit Jenayah Balai Naringgul, Sarjan Ridwan Taupik.

Pada awal pernikahan juga, Adinda selalu menolak ajakan suaminya ketika mahu bersama. Malah dia enggan bersosial bersama keluarga mertuanya yang menimbulkan rasa curiga.

Bagaimanapun, 12 hari setelah bernikah, helah Adinda terbongkar selepas keluarga pengantin lelaki menyiasat identitinya dan mendapati Adinda adalah lelaki.

Bapa kepada Adinda yang ditemui keluarga pengantin lelaki turut mengakui Adinda adalah lelaki, bukannya wanita.

Mereka kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan Adinda.

Ketika disoal siasat, Adinda mengaku dia berbuat demikian hanya untuk mendapatkan wang daripada mangsa. Adinda kini bakal dihadapkan ke mahkamah kerana menipu dan berdepan dengan hukuman penjara selama empat tahun.

Sumber: Detik

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!