Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Israel menggesa pihak berkuasa Rusia melindungi warganya dalam bidang kuasa mereka, berikutan laporan media mengenai tindak balas penunjuk perasaan pro-Palestin di Republik Rusia, Dagestan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Israel di Baitulmaqdis menyatakan, duta Israel di Moscow kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Ruisa.
“Israel memandang serius percubaan untuk mencederakan warga Israel dan Yahudi di mana-mana sahaja,” kata kenyataan itu.
Media Israel turut menyiarkan rakaman situasi yang berlaku di lapangan terbang Makhachkala di Dagestan yang menunjukkan beratus-ratus rakyat Rusia pro-Palestin menyerbu dan mencari penumpang dari penerbangan yang datang dari Tel Aviv.
“Israel mengharapkan pihak berkuasa Rusia melindungi semua warganegara Israel dan Yahudi, sesiapa pun mereka dan mengambil tindakan tegas terhadap perusuh dan hasutan tidak terkawal yang disasarkan kepada orang Yahudi dan Israel,” kata kenyataan Kementerian Luar Israel.
Sumber: Reuters