'Islam ajar kita tegur dengan beradab' - Siti selar netizen maki & malukan selebriti tempatan dalam kempen Blockout 2024 - The Reporter

‘Islam ajar kita tegur dengan beradab’ – Siti selar netizen maki & malukan selebriti tempatan dalam kempen Blockout 2024

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan memalukan selebriti tempatan yang disenaraikan dalam kempen Blockout 2024.

Menurut penyanyi nombor satu negara itu, teguran seharusnya dilakukan dengan beradab, sejajar dengan tujuan kempen tersebut.

“Agama Islam mengajar kita untuk menegur dengan beradab. Jika tidak suka, lebih baik diam. Boleh sahaja menyokong Blockout 2024, tetapi tidak perlu sampai memalukan dan memaki orang,” katanya.

Siti juga menekankan, setiap individu mempunyai pilihan dan alasan tersendiri. Dan jika ditanya sebagai usahawan, sudah tentu ini adalah perkara baik kerana produk tempatan akan mendapat sokongan dan berkembang.

Mengenai isu Palestin, Siti dan suaminya, Datuk K, telah lama memberi sokongan melalui platform Yayasan Nurjiwa. Mereka telah memberikan bantuan dan sokongan sebelum konflik di Gaza meletus pada 7 Oktober lalu.

“Apa yang kami lakukan adalah salah satu usaha. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk mempertahankan agama dan saudara Islam yang ditindas.

“Melalui Yayasan Nurjiwa, kami dapat menyalurkan bantuan ke Gaza. Itulah yang kami cuba lakukan untuk agama dan jihad kita,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!