Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pekerjaan sebagai penghantar makanan seringkali menghadap pelbagai ragam pelanggan. Kebiasaannya kita mendengar ada pelanggan yang ceria dan tidak kurang juga yang pelanggan yang baran.
Baru-baru ini seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Mifzz berkongsi mengenai pengalamannya berdepan dengan pelanggan yang ‘luar biasa’. Hal itu menyebabkan dia berasa seram dan memutuskan untuk beralih ke perkhidmatan p-hailing yang lain.
Namun, perkara yang sama juga berlaku kembali. Hal ini menyebabkan dia tiada pilihan lain, selain membatalkan perkhidmatannya daripada terjebak dengan dosa yang tidak tertanggung.
Berdasarkan gambar perbualan dengan pelanggan yang dikongsikan, ada sesetengah pelanggan meminta dia menghantar makanan sehingga masuk ke dalam bilik hotel.



Lebih teruk lagi, ada yang sanggup menawarkan maruah diri hanya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar makanan yang dipesan.
Selain itu, ada pelanggan yang cuba menggodanya dengan mempelawa Mifzz datang ke rumah untuk menemaninya yang sedang keseorangan.
Beralih ke perkhidmatan p-Hailing yang lain, keadaan menjadi lebih parah di mana pelanggan memintanya melakukan perbuatan yang tidak senonoh.


Walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan yang tidak diingini itu, Mifzz masih meneruskan kerjanya sebagai penghantar makanan.
Di ruangan komen perkongsiannya itu, netizen memuji Mifzz yang tidak mudah tergoda dengan pelanggan sedemikian dan mengutamakan rezeki yang berkat dan halal.
“Jarang jumpa lelaki mahal sekarang. Abang ini one in the million. Semoga lelaki-lelaki mahal sentiasa dalam jagaan Allah,” kata netizen.
“Tak sangka ada dark order macam tu. Respect abang sebab tak goyah, limited edition!” tambah netizen lain.