Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Ini sesuatu yang tidak wajar,” demikian kata satu sumber mempertikaikan tindakan polis menyerbu dan menggeledah kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.
Hadis Riwayat Bukhari, “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” Alhamdulillah malam ini dapat solat sunat terawih di Masjid Kg Baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT. pic.twitter.com/3hb2Be6EHB— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 16, 2018
Sumber yang sama juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan polis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai pembalasan dendam.
Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan mengamalkan politik dendam dan lebih memberi fokus kepada menyelesaikan masalah negara. Dalam pertemuannya dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, beliau mendedahkan Gani dipecat ketika menyiapkan kertas siasatan terhadap Najib berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
BERITA BERKAITAN:











