'Ini jalan ke alam barzakh, mungkin kena viral dulu baru diorang turun tengok' - The Reporter

‘Ini jalan ke alam barzakh, mungkin kena viral dulu baru diorang turun tengok’

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jika jalan perindustrian Tanjung Langsat, yang pernah digambarkan oleh Menteri Besar Johor sebagai ‘jalan ke bulan’, namun jalan di Kampung Perigi Acheh ini pula lebih menyerupai ‘jalan ke alam barzakh’ kerana keadaannya yang sangat teruk.

Penduduk kampung, Hakim Wagiman, melalui hantaran di Facebook berkata, beliau telah mencuba untuk mendapatkan bantuan dari pihak berkuasa. Namun, aduannya sering dilemparkan dari satu pihak ke pihak lain.

Beliau juga tidak mengetahui siapa sebenarnya yang bertanggungjawab atas projek peningkatan jalan yang sepatutnya membantu kampung tersebut.

“Bila buat aduan, ditolak ke sana sini. Aku sertakan sekali papan tanda tu, projek di bawah pihak mana.

“Nak kata kontraktor punya, tapi siapa lebih besar atas perlantikan dan reject contractor. Kata-kata di papan tanda cantik, nak naik taraf tapi bukan naik taraf.. malah menjahanamkan,” tegasnya.

Walaupun papan tanda di lokasi yang menunjukkan akan berlakunya projek menaik taraf jalan, penduduk setempat sehingga ke hari ini tidak nampak sebarang perubahan yang dijanjikan. Sebaliknya, keadaan jalan menjadi semakin teruk dan berbahaya untuk dilalui terutamanya pada waktu malam.

Hakim turut meluahkan rasa kesal dengan sikap pihak berkenaan yang ironinya jarang kelihatan apabila rakyat menghadapi masalah, tetapi hanya akan muncul semasa musim pilihan raya.

“Mungkin kena viral dulu, baru mereka (pihak berkenaan) nak datang tengok agaknya. Satu batang hidung orang atasan pun tak nampak bila rakyat ditindas. Tapi bila masa nak mengundi, pandai pula datang. Yang tak pernah datang pun datang,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!