'Ingat kami ni ayam ke nak bagi makan beras low class?' - Tetamu tak puas hati, owner homestay bagi makanan low class - The Reporter

‘Ingat kami ni ayam ke nak bagi makan beras low class?’ – Tetamu tak puas hati, owner homestay bagi makanan low class

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dalam usaha menambah pendapatan sampingan, sesetengah individu mengambil peluang untuk mengubahsuai rumah milik mereka menjadi ‘homestay, berbanding rumah sewa.

Dengan cara itu, mereka mampu meraih pendapatan tinggi dan secara tidak langsung mempelajari industri hospitaliti dan pengurusan peniagaan kecil. Namun, ada kalanya terpaksa berdepan dengan ragam pelanggan.

Komplen beras low class

Tular di media sosial hari ini, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap perkhidmatan homestay yang dilanggannya. Menurut pengadu, bayaran RM250 semalam yang dikenakan itu tidak setimpal.

“Homestay awak guna beras apa ni? Kami masak tak selera lah nak makan nasi macam ni. Telur gred C ke D ni? Kecik. Kami ramai, telur 12 biji je ke bagi?

“Harga homestay macam hotel, beras bagi beras biasa je ke?” katanya.

Menurut pemilik homestay, beras yang diberikan adalah beras super import dan telur yang disediakan adalah telur gred B lotus.

Tak puas hati harga homestay mahal tapi barang low class

Pengadu bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan penjelasan itu dan menegaskan pemilik homestay sepatutnya memberi telur Omega gred A kerana telur jenis yang lain tidak sihat untuk anak-anaknya yang ramai.

“Harga kami RM250 je semalam cik. Empat bilik, semua aircond. Peralatan dan bahan memasak semua kami bagi free. Kami sendiri pun makan beras purple je,” balas pemilik.

Masih tidak berpuas hati, pengadu berkata, penginap sewajarnya diberikan beras wangi atau paling teruk beras basmathi.

“Ingat kami ni ayam ke nak bagi makan beras macam tu? Sudahlah kicap sos pun cap Jalen je. Dah macam duduk homestay bajet. Rumah cantik dah tapi beras, telur entah apa-apa kau bagi orang makan.

“Ingat tu, jangan jima sangat. Orang bayar bukan tak bayar, roti pun bagilah banyak sikit. Orang pagi nak sarapan roti telur, roti bakar semua. Nak goreng nasi memang tak lah, beras macam tu. Orang ramai, sebungkus je? Nak pergi haji dah ke balik hari?” kata pengadu sinis.

Pemilik homestay masih tenang dan menjawab, semua barangan tersebut disediakan olehnya dengan niat untuk bersedekah dan memudahkan urusan tetamu. Malah dia memohon maaf sekiranya makanan yang disediakan itu tidak menepati citarasa. Tambahan, homestay yang lain mungkin tidak menyediakan makanan sedemikian.

“Salah ke jika saya hanya mampu sediakan beras Jasmine jalal impot dan telur gred B lotus untuk guests?” katanya yang berkongsi mengenai Insiden itu dikongsikan oleh pemilik homestay di Facebook.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!