Indonesia sekat aplikasi Temu kerana tawar harga terlalu murah & jejaskan perusahaan kecil - The Reporter

Indonesia sekat aplikasi Temu kerana tawar harga terlalu murah & jejaskan perusahaan kecil

Sumber foto: Forbes

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Menteri Komunikasi Indonesia, Budi Arie Setiadi, menggesa Google dan Apple menyekat aplikasi Temu di Google Play dan App Store agar aplikasi tersebut tidak dapat dimuat naik di negaranya.

Langkah ini diambil untuk melindungi perniagaan kecil dan sederhana dari produk murah yang dijual oleh Temu, walaupun belum ada transaksi yang dikesan di platform tersebut.

Pertumbuhan pesat Temu telah menarik perhatian terhadap model perniagaannya yang menawarkan barangan murah dengan menghantar terus dari kilang di China kepada pelanggan, yang dianggap sebagai ‘persaingan tidak sihat’.

“Kami bukan mahu melindungi e-dagang, tetapi kami melindungi perusahaan kecil dan sederhana. Ada jutaan peniaga kecil yang kami perlu lindungi,” katanya.

Jakarta juga akan menyekat sebarang pelaburan oleh Temu dalam e-dagang tempatan jika ia bergerak ke arah itu, kata Budi sambil menambah bahawa beliau tidak mendengar sebarang rancangan sedemikian.

Budi juga memaklumkan, kerajaan sedang merancang untuk meminta sekatan yang sama terhadap perkhidmatan membeli-belah dari China, Shein.

Indonesia sebelum ini telah memaksa ByteDance, pemilik platform media sosial milik China, TikTok, untuk menutup perkhidmatan e-dagangnya di negara ini tahun lalu bagi melindungi pedagang tempatan dan data pengguna.

Beberapa bulan kemudian, TikTok bersetuju untuk membeli kepentingan majoriti dalam unit e-dagang konglomerat teknologi Indonesia, GoTo, untuk kekal di pasaran e-dagang terbesar di Asia Tenggara.

Sumber: Reuters

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!