Individu gesa orang ramai elak kahwin dengan sepupu sendiri, bimbang risiko genetik - The Reporter

Individu gesa orang ramai elak kahwin dengan sepupu sendiri, bimbang risiko genetik

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perkahwinan sesama saudara terdekat atau ‘consanguine marriage’ adalah satu isu yang sering menjadi perbincangan hangat dalam masyarakat. Perkahwinan jenis ini biasanya tidak digalakkan kerana pelbagai sebab, terutamanya risiko kesihatan yang mungkin timbul pada keturunan.

Seorang individu yang tidak mahu dikenali telah berkongsi pandangannya mengenai isu ini di platform X. Menurutnya, consanguine marriage adalah sesuatu yang biasa berlaku di Sarawak, terutama dalam komuniti Iban.

Salah satu sebab utamanya adalah untuk mengekalkan keturunan Iban. Dia menegaskan consanguine marriage ini sering melibatkan perkahwinan antara saudara terdekat seperti sepupu kedua atau ketiga.

Sumber: X Mein
Sumber: X Mein
Sumber: X Mein

Individu berkenaan menyeru masyarakat untuk lebih memahami risiko genetik yang mungkin timbul dari consanguine marriage, kerana bimbang dengan kesihatan keturunan yang mungkin terjejas akibat perkahwinan jenis ini.

Sumber: X Mein
Sumber: X Mein

Dakwaan tak berasas

Bagaimanapun, dakwaan individu itu telah menimbulkan reaksi daripada netizen berbangsa Iban. Seorang netizen bernama Shane, menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dalam komuniti Iban, mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan individu yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga.

Seorang netizen lain bernama Kun juga menambah bahawa perkahwinan sesama saudara dalam komuniti Iban dianggap sebagai ‘mali’ atau tabu. Walaupun ada kebenaran dalam dakwaan tentang pengekalan keturunan, perkahwinan tersebut tidak melibatkan saudara sendiri tetapi melibatkan individu dari keluarga Iban yang berbeza.

Sumber: X Mein, World of Buzz

Total
0
Shares
Total
0
Share