Individu dakwa anggota badan beruniform tak berpuasa, ‘pau’ makanan | The Reporter

Individu dakwa anggota badan beruniform tak berpuasa, ‘pau’ makanan

Anggota badan beruniform mengambil makanan dari pintu belakang kedai dalam video tular TikTok.
Tangkap layar video tular individu dakwa anggota badan beruniform memesan makanan waktu siang hari.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu video tular di media sosial dirakamkan oleh seorang individu yang mendakwa anggota badan beruniform tidak berpuasa.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta peronda dilihat memarkir kenderaan tersebut di belakang sebuah kedai sebelum didatangi oleh seorang pekerja kedai makan. Tidak beberapa lama kemudian, pekerja berkenaan membawa keluar dua bungkusan plastik.

“Dahla la tak puasa, pau makanan,” kata perakam.

Bagaimanapun, komen netizen memberikan perspektif berbeza. Ada yang menegaskan bahawa anggota badan beruniform itu mungkin bukan Muslim dan bertindak begitu sebagai tanda hormat terhadap mereka yang berpuasa.

Baca juga:
@gb50789

ABANG POLIS DAH LAH TAK PUASA, Lagi Pao makan#pdrmmalaysia

♬ Shadows of Suspense – Adauto Assis

Seorang lelaki pula berkongsi pengalaman peribadi sebagai non-Muslim.

“Waktu rehat saya akan bungkus makanan ikut pintu belakang sebab segan dan hormat kawan-kawan Muslim. Jangankan bungkus, makan pun selalu menyorok takut ada orang puasa yang ternampak. Auto rasa bersalah,” katanya.

Beberapa netizen lain mengingatkan supaya tidak terus membuat tuduhan atau menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang dilihat di media sosial, sebaliknya pastikan fakta dan bukti terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen atau penilaian.

Related Posts