Ibu upah lelaki tembak anaknya yang ketagih dadah, tak tahan selalu diserang secara fizikal - The Reporter

Ibu upah lelaki tembak anaknya yang ketagih dadah, tak tahan selalu diserang secara fizikal

Seorang wanita di Thailand tampil menyerahkan diri kepada polis dan mengaku telah mengupah seorang lelaki untuk membunuh anak yang ketagih dadah, di sebuah rumah di wilayah Isaan, Loei.

Kematian seorang lelaki Thai berusia 31 tahun, Weeraphan Phothong, dilaporkan kepada pegawai Balai Polis Chiang Khan pada hari Khamis, 9 November pada kira-kira jam 9 pagi. Weeraphan ditembak mati di rumahnya di daerah Chiang Khan, wilayah Loei.

Ibu Weeraphan, Kaew Phothong, 57, dalam keterangannya kepada polis berkata, dia tidak mengetahui kejadian yang menimpa anaknya. Sehinggalah dimaklumkan oleh salah seorang jirannya.

Kaew kemudian mendedahkan, anaknya ketagih dadah jenis methamphetamine, yang biasa dikenali sebagai Yaba. Kaew mendakawa, dia sering diserang oleh Weeraphan secara fizikal apabila anaknya berada di bawah pengaruh dadah.

Menurut Kaew, penyalahgunaan bahan itu telah menjejaskan kesihatan mental anaknya, walaupun dia telah beberapa kali berusaha mencari rawatan untuk merawat Weeraphan.

Semasa dalam siasatan, Kaew menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk mengetahui punca kematian anaknya. Selain itu, dia juga enggan memberi kerjasama terhadap sebarang siasatan ke atas kematian Weeraphan.

Pengakuan ibu

Kaew kemudian menyerahkan diri kepada polis pada jam 2 petang pada hari Sabtu, 11 November dan mengaku telah merancang pembunuhan anaknya.

Jelas Kaew, dia sudah tidak tahan dengan Weeraphan yang selalu menyerangnya secara fizila. Lalu berunding dengan kakaknya, Sarn Phothong, 65, untuk merancang pembunuhan itu.

Sarn kemudian mengupah seorang lelaki, Somsa Saenchaiwut, 64, dengan bayaran 25,000 baht untuk membunuh Weeraphan di rumahnya.

Selepas kejadian itu, Kaew berkata, dia, Sarn, dan Somsa menyesal dengan apa yang mereka lakukan dan memgambil keputusan untuk menyerahkan diri kepada polis.

Bekas isteri Weeraphan, Jaruphat Singchum, 26, memberitahu bahawa dia berkahwin dengan lelaki itu selama enam tahun dan dikurniakan dua orang anak. Jaruphat bercerai dengan Weeraphan tahun lalu kerana dia menderita penyalahgunaan fizikal seperti Kaew.

Menurut Jaruphat, Kaew telah berpindah beberapa kali untuk melarikan diri dari anaknya. Weeraphan juga pernah menuntut wang dan menyerang Kaew apabila permintaannya tidak dipenuhi, menyebabkan Kaew cedera parah di bahagian dagu.

Jaruphat berkata, dia sendiri menyaksikan Kaew diserangkan oleh lelaki itu. Walaupun bersimpati dengan kematian bekas suaminya, namun Jaruphat faham apa yang telah dilalui oleh Kaew.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!