Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KOTA BHARU, KELANTAN – Bagi meneruskan kehidupan keluarganya, seorang ibu tunggal sanggup menebalkan muka dengan menawarkan perkhidmatan membersih rumah di daerah ini sejak dua bulan lalu, lapor Harian Metro.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang memuji semangat Siti untuk bangkit dari terus mengharapkan belas ihsan orang ramai. Malah menyarankan mana-mana ibu tunggal yang lain juga mencontohi wanita berkenaan.
“Tak ada apa yang hendak dimalukan dik. Cari rezeki halal beribu-ribu kali mulia dari merompak duit orang,” kata Norfadzilah Ramly.
“Bagus tu akak. Hidup ini jangan asyik mengharapkan bantuan dan belas kasihan dari orang. Kita perlu berusaha sendiri. Bagus akak tak menyusahkan orang. Rezeki ada di mana-mana. Semoga akak kaya dengan rezeki yang halal,” kata Shabri Ahmad.
“Ibu contoh. Di Malaysia semua boleh. Kenapa orang-orang asing boleh senang di Malaysia? Sebab mereka rajin bekerja. Asalkan tidak memilih kerja. Balik kampung, mereka mampu membina rumah,” kata Rozi Hanafiah.










