Tangan anak tercucuk besi karat di sekolah, ibu kesal rawatan lambat - The Reporter

Tangan anak tercucuk besi karat di sekolah, ibu kesal rawatan lambat

Besi karat di tangga sekolah yang didakwa mencederakan murid
Foto lokasi kejadian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila anaknya mengalami kecederaan serius akibat tercucuk besi karat di sekolah, namun terpaksa menunggu berjam-jam tanpa rawatan segera di hospital kerajaan sebelum dirawat di hospital swasta.

Menurut perkongsian Azira Samsuddin di Facebook, kejadian berlaku pada Khamis, 20 Mac lalu sekitar jam 11.15 pagi apabila dia menerima panggilan dari pihak sekolah memaklumkan tangan anaknya berdarah akibat terjatuh dan terkena besi. Dia segera ke sekolah dan terus membawa anaknya ke Hospital Tanjung Malim.

Namun, selepas dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, mereka dimaklumkan tiada tindakan boleh diambil kerana perlu menunggu bilik bedah yang hanya tersedia dua hingga tiga hari lagi. Lebih mengecewakan, permintaan untuk ditahan wad ditolak dengan alasan katil penuh.

“Minta discharge, bawa ke Hospital Pantai. Doktor cakap tak boleh buat rawatan sebagai pesakit luar sebab luka dalam, kulit mati dan otot dah terkeluar. Terus kena masuk bilik pembedahan malam itu juga,” katanya.

Pembedahan dilakukan malam Jumaat, 21 Mac dan kos keseluruhan rawatan di hospital swasta mencecah RM9,777.68. Anak mangsa juga berisiko mengalami kecacatan kekal akibat kelewatan rawatan.

Lebih mengejutkan, selepas suaminya kembali ke sekolah untuk meninjau lokasi kejadian, beliau mendapati besi yang sebelum ini terdedah telah dibalut dengan selotape.

“Tiba-tiba esoknya ada duit nak repair. Sebelum ni tak nak tutup pun. Dah ada kes baru nak bertindak?” tulisnya lagi.

Difahamkan, pihak sekolah ada menyerahkan sumbangan RM1,500 kepada keluarga mangsa dan merancang kutipan kilat tambahan. Namun ibu mangsa menganggap ia tidak cukup menggantikan kerosakan yang telah berlaku.

Total
0
Shares
Total
0
Share