Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita di China sanggup membahayakan nyawa dua anaknya gara-gara mahu mendapatkan perhatian suaminya.
Tindakannya yang berani meletakkan dua anaknya di atas unit penyaman udara di luar rumah mereka di tingkat 23 telah mencuri perhatian ramai.
Dalam kejadian yang berlaku pada 10 Oktober lalu di sebuah apartmen di Luoyang, wilayah Henan, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan dua kanak-kanak tersebut duduk di atas unit penyaman udara yang terletak di luar rumah.
Ibu mereka dilihat duduk di sebelah sambil bertengkar dan melarang suaminya dari datang mendekati mereka..
Menurut laporan South China Morning Post, wanita tersebut bertindak demikian untuk menggangu dan membuatkan suaminya berasa cemas.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut merasa bimbang dengan keselamatan dua kanak-kanak tersebut, kerana unit penyaman udara itu terletak pada ketinggian yang berbahaya.
Pihak berkuasa telah dipanggil untuk menyelesaikan situasi itu dan wanita berkenaan akhirnya membawa anak-anaknya masuk ke dalam rumah.
Tidak diketahui sama ada wanita itu akan dikenakan tindakan. Namun, polis sedang menjalankan siasatan.
Kejadian ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen, ramai yang mengkritik tindakannya yang sanggup membahayakan nyawa anak-anak..
“Seorang ibu sepatutnya melindungi aak-anak. Tetapi dia pula membahayakan anak-anak. Dia tak layak menjadi ibu,” kata netizen.
“Kalau berlaku kejadian yang tidak diingini, dia pasti akan menyesal seumur hidup. Kenapa ambil pendekatan yang berbahaya? Bertenanglah. Kalau tak dapat hidup dengan lelaki itu, tuntut cerai,” tambah seorang lagi netizen.








