Ibu murid enggan berdamai, masih tunggu LOD & nekad saman pihak sekolah? | The Reporter

Ibu murid enggan berdamai, masih tunggu LOD & nekad saman pihak sekolah?

Ibu murid tegas mahu teruskan saman sekolah sambil menunggu LOD guru.
ak mahu berdamai, ibu murid ini tetap dengan keputusan nak teruskan saman. LOD bila nak sampai agaknya?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu murid yang terlibat dalam kes tular mengenai isu guru dan anaknya, menegaskan bahawa dia tidak akan berdamai dengan pihak sekolah serta guru yang terlibat, sebaliknya memilih untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Dalam satu perkongsian di TikTok semalam, Mell mendedahkan perbualannya dengan pihak polis yang memintanya hadir ke balai untuk memberi kenyataan. Menurut polis, pihak sekolah mahu mereka menjadi orang tengah dalam usaha mendamaikan kedua-dua pihak serta meminta Mell menurunkan hantaran viral yang telah dibuatnya.

Bagaimanapun, Mell dengan tegas menolak cadangan itu.

“Ermmmm tuan, bagi statement inshaAllah saya bekerjasama. Tetapi nak berjumpa dua pihak, sorry.. saya dah tak nak bagi peluang lagi. Saya tunggu Letter of Demand (LOD) guru terbabit. Dan saman pihak sekolah tetap saya teruskan!”

Mell turut menyentuh mengenai desakan netizen yang ingin mengetahui tentang status LOD yang difailkan oleh guru terbabit.

“Ramai yang DM saya, bertanyakan LOD dah sampai ke belum? Belum dapat lagi tuan-tuan dan puan-puan.

“Nak kata apa, hampa katalah. Mulut orang bukannya boleh ditutup. Terpulanglah kepada mereka. Aku tak perlu nak buktikan apa-apa pun. Dah orang tak suka, takkan aku nak paksa? Buat pi lah baik lagu mana pun, tetap orang tak suka.

“By the way Teacher oh Teacher Sya, tolong na cepatkan sikit LOD ni. Jangan buang masa saya, banyak lagi kerja saya nak buat, nak cari duit bayar LOD hang yang RM500K tu. WhatsApp tak balas, main TikTok harap orang defend, ada pula masa kan. Salam RM500K,” katanya.

Mengenai tindakannya menutup ruangan komen di TikTok, Mell menjelaskan,”Dan kepada yang bertanya mengapa saya off komen di TikTok, okay let me explain. When the case was opened by both parties, between me and the parties involved, I was advised by the lawyer not to explain any related issues.”

Terdahulu, isu ini bermula apabila Mell mendakwa guru tersebut tidak bersikap profesional dalam mengendalikan anaknya di sekolah dan menularkan perkara itu di media sosial. Guru berkenaan kemudiannya menuntut ganti rugi RM500,000 kerana mendakwa difitnah oleh ibu murid itu.

Sumber: TikTok Heyomell

Related Posts