Ibu & dua anak, termasuk bayi 5 bulan, maut selepas terjun dari Niagara Falls | The Reporter

Ibu & dua anak, termasuk bayi 5 bulan, maut selepas terjun dari Niagara Falls

Tragedi Niagara Falls

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita bersama dua anaknya dilaporkan maut selepas terjun dari Niagara Falls pada malam Isnin lalu.

Chianti Means, 33, bersama dua anaknya, Roman Rossman, 9, dan Mecca Means, lima bulan, dilaporkan telah melangkaui pagar keselamatan di Luna Island sebelum terjatuh dari ketinggian tersebut, menurut kenyataan Polis New York.

Mayat ketiga-tiga mangsa sehingga kini masih belum ditemui, seperti dilaporkan oleh Syracuse.com. Menurut pihak berkuasa, insiden tersebut dipercayai ‘sengaja’, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Mecca Means
Roman Rossman

Luna Island merupakan sebuah pulau kecil di antara American Falls dan Bridal Veil Falls, yang terletak berhampiran Horseshoe Falls yang menjadi tarikan pelancong terkenal.

Pihak berkuasa turut menggunakan dron dan unit penyelam untuk membantu siasatan.

Difahamkan, keluarga tersebut menetap di Niagara Falls. Means bekerja sebagai kaunselor keganasan rumah tangga berdasarkan profil LinkedIn beliau.

Rakan-rakan Means turut memberi penghormatan terakhir di media sosial.

“Anda tidak pernah tahu apa yang sedang dilalui oleh seseorang… bersemadilah dengan tenang,” kata Niesha Eukeya.

Mich Molina pula menulis, “Saya tidak sanggup untuk menulis mengenainya dan berkongsi kenangan. Saya betul-betul terganggu dengan kejadian ini. Dia dan anak-anaknya amat disayangi oleh saya dan anak-anak saya.”

Tahun lalu, seorang ibu dari Illinois maut manakala anak lelakinya terselamat selepas melompat dari tebing setinggi 90 kaki di Niagara Falls. – Agensi

Related Posts