Ibu ditahan polis, disyaki biarkan teman lelaki cemari maruah anak | The Reporter

Ibu ditahan polis, disyaki biarkan teman lelaki cemari maruah anak

Lampu siren kereta polis menyala di kawasan bandar waktu malam
Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes jenayah terhadap seorang remaja perempuan | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang remaja perempuan mendakwa menjadi mangsa rogol oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di Ampang, tahun lalu. Lebih mengejutkan, perbuatan itu dipercayai berlaku dengan pengetahuan ibu kandung mangsa sendiri.

Menurut pegawai penyiasat dari Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman, insiden pertama berlaku ketika mangsa yang ketika itu berusia awal remaja sedang berehat di dalam bilik ibunya. Mangsa mendakwa dia tersedar apabila mendapati individu terbabit berada bersama ibunya di sebelah sebelum suspek bertindak merogolnya.

Pada 25 Jun lalu, mangsa turut menemui perbualan mesej antara ibunya dan lelaki berkenaan yang didakwa merancang untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa di sebuah hotel di ibu negara. Bimbang denga keselamatan diri, mangsa nekad melarikan diri ke rumah rakannya sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Apa langkah pihak berkuasa selepas laporan dibuat?

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil maklumat awal membawa kepada penahanan dua individu berkenaan di sekitar kawasan Pandan Indah. Suspek wanita berusia 36 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala lelaki terbabit berusia 61 tahun bekerja sendiri.

Hasil siasatan mendapati, mangsa sebelum ini pernah dirogol oleh suspek pada tahun lalu yang turut disaksikan ibu kandung sendiri. Ujian saringan awal menunjukkan kedua-dua individu negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek diluluskan selama tujuh hari bermula 28 Jun hingga 4 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Polis sedang menjalankan siasatan, termasuk mendapatkan keterangan saksi dan sokongan bukti lain untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Related Posts