Ibu bapa & pelajar di sekolah Kota Bharu naikkan kain rentang, gesa tukar pengetua sekolah & 'CC' dengan kadar segera! - The Reporter

Ibu bapa & pelajar di sekolah Kota Bharu naikkan kain rentang, gesa tukar pengetua sekolah & ‘CC’ dengan kadar segera!

Tular di media sosial, satu kain rentang yang menggesa Kementerian Pendidiakan Malaysia (KPM) menukarkan pengetua dan Ketua Pembantu Tadbir (CC) di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu dengan kadar segera.

Kain rentang yang dipasang tersebut antara lain turut meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil tindakan itu susulan pelbagai aduan telah dibuat menerusi Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah tidak mendapat maklum balas.

Dua individu yang disebutkan dalam kain rentang tersebut didakwa telah banyak memberikan tekanan kepada pelajar dan guru selain berdepan dengan isu kantin yang kotor dan gred C.

Menurut beberapa individu yang merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan, sebelum ini pengurusan sekolah tersebut tidak mempunyai masalah dan sekolah tersebut ketika itu dikatakan mempunyai pengurusan yang terbaik.

Susulan isu tular itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan telah menerima laporan tersebut kes itu sedang disiasat.

“Ya, pihak kami ada terima laporan berkaitan kes itu dan kes dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, sebuah sekolah di Negeri Sembilan turut dilaporkan berbuat demikian, menggantung kain rentang dan menggesa supaya pentadbiran sekolah tersebut ditukarkan dengan segera berikutan pelbagai dakwaan yang berkait dengan sikap dan pentadbiran sekolah itu.

Sumber: Mieja, Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!