Ibu alami hilang ingatan selepas bersalin anak ke-18 | The Reporter

Ibu alami hilang ingatan selepas bersalin anak ke-18

Sumber Gambar: Afiqah Nasuha, Ainul Nadzirah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kisah tular baru-baru ini mengenai seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipukul oleh orang ramai di sebuah pasar tani di Kemaman dapat dijadikan sebagai satu iktibar sifat amarah yang perlu dikawal selain sifat sabar apabila berdepan dengan individu seperti mangsa.

Berdasarkan insiden itu juga, seorang wanita pula berkongsikan kisah ibunya yang juga merupakan seorang OKU.

Menurut Afiqah Nasuha, 29, yang merupakan anak ketujuh daripada 14 beradik, ibunya mula hilang ingatan selepas mengalami komplikasi(ambiotic fluids embolism) ketika bersalin anak ke 18 semasa tahun 2010.

@ciqaaaaaaa

Sebagai orang teganu, ku rasa malu dan pilu… #kemaman #okudibelasah

♬ suara asli – yuda – yuda

“Jujur cakap, hanya yang ikhlas jaga insan istimewa begini sahaja yang mampu bersabar dengan apa jua yang berlaku. Takkan semudahnya pukul mereka walau nyawa jadi taruhan,” tulisnya.

Namun, disebalik ujian yang melanda mereka sekeluarga, Afiqah yang merupakan pelajar lepasan sarjana IIUM menitipkan rasa syukur kerana mempunyai seorang bapa yang bertanggungjawab.

Bapanya, Ibrahim Abdullah, 72, yang mengusahakan sebuah kedai peralatan hardware dikatakan setia menguruskan ibunya.

“Abah tak pernah sekali pun pukul umi (ibu), tetap tenang tatkala diludah, disepak. Layan umi dengan baik dari sebelum sakit lagi sehingga sekarang,” katanya.

Pembakar semangat

Menurut kakak sulung kepada Afiqah, Ainul Nadzirah, 38, ketika ini ibunya dijaga oleh adiknya yang sedang menunggu untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Ibunya yang dikenali dengan panggilan Mak Ngah dalam kalangan orang kampung, dikatakan mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan semasa kandungan anak ke-18, ibunya mengalami komplikasi menyebabkan bayi tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Walaupun diuji dengan pelbagai sudut, namun perkara itu tidak melemahkan semangat mereka adik beradik untuk berjaya dalam kehidupan. Ini terbukti apabila dikatakan tujuh daripada 14 adik beradik ini berjaya dalam pekerjaan mereka. Antaranya bekerja di sebuah syarikat YTL, bidang pentadbiran, usahawan, eksekutif projek, dan kontraktor.

Manakala tujuh lagi adik beradik yang lain sedang mengikuti pengajian di UiTM dan UTM.

Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan mendapat ganjaran atas sifat kesabaran menjaga insan istimewa.

Related Posts