'I shaking nak mamp#s masa ni' - Wanita dakwa diekori lelaki gila seks di Damansara Damai - The Reporter

‘I shaking nak mamp#s masa ni’ – Wanita dakwa diekori lelaki gila seks di Damansara Damai

Seorang wanita tidak menyangka akan berdepan dengan pengalaman menakutkannya semasa berjogging di Damansara Damai.

Dalam video yang tular di media sosial, pengadu mendakwa dia telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Semasa berjogging, pengadu menyedari kehadiran lelaki itu yang sedang menunggang motosikal dan berulang kali berputar di kawasan yang sama. Untuk tujuan keselamatan, pengadu mula merakamkan video menggunakan telefon bimbitnya.

https://twitter.com/malaysiaviralll/status/1746554836890558846

Lelaki berkenaan kemudian memberhentikan motosikalnya dan bertanyakan sesuatu. Pengadu pula menjawab, dia baru berpindah di kawasan itu dan tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut.

Pengadu mengakui dia berasa tidak selesa dan takut, lalu segera meninggalkan lelaki itu.

“Tengah jogging, saya perasang ada seorang lelaki mengekori saya. Dia menunggang motosikal dan pusing di tempat sama sebanyak dua kali. Jadi saya buat video (untuk keselamatan diri).

“Selepas itu, lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya di depan saya dan bertanya. Saya jawab sajalah.

“Tapi saya jawab acuh tak acuh saja sebab saya dah mula mengeletar ketakutan. Tak lama kemudian saya terus beredar.”

Namun, lelaki tersebut kembali dan berputar di kawasan yang sama sebanyak empat kali. Kali ini, dia memberhentikan motosikalnya di hadapan pengadu.

Dalam masa yang sama, dia secara perlahan-lahan membuka seluar dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Terkejut dengan apa yang dilihat, pengadu segera beredar.

“Selepas itu, dia datang semula. Empat kali dia berpusing di tempat yang sama dan kali ini motosikal dia betul-betul berhenti di depan saya. Saya menggeletar ketakutan dah masa ini.

“Perlahan-lahan dia membuka seluar, rupanya dia nak melan###. Sumpah seram! Saya terus beredar.

“Hati-hati semua. Damansara Damai dah tak selamat.”

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!