Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Jika ibu bapa meninggal dunia, banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh anak-anak.
Hutang ibu bapa kepada individu tertentu (jika ada) juga perlu dilunaskan dengan sebaiknya.
Namun, jika anak-anak pula yang berhutang dengan ibu bapa semasa ibu atau bapa masih hidup, si anak wajib membayar hutang tersebut dalam bentuk faraid.
Perkara berkenaan dijelaskan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menerangkan hutang berkenaan wajib dibayar oleh si anak.
“Wajib bayar dan dibahagikan secara faraid. Sudah menjadi hak waris.
“Jangan hanya diam, jadi haram,” katanya.
Penjelasan berkenaan secara jelas memberikan gambaran bahawa segala hutang adalah wajib dibayar kecuali telah dihalalkan oleh si pemberi.
Sumber: TikTok pakdeain