Hot Daddy & 2 wanita didakwa jual video lucah - The Reporter

Hot Daddy & 2 wanita didakwa jual video lucah

Sumber gambar: The Sun

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hot Daddy bersama dua rakan wanitanya yang terlibat dengan aktiviti pensundalan, didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, dan Norhidayah Mahadi, manakala, Norshazrina Md Zamri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjual rakaman video lucah bagi maksud menunjukkan secara awam, di Pejabat Siasatan Jenayah D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini, antara jam 11.47 dan 11.54 malam, 15 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebutan semula kes 22 April

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hasli Ikhwan dan Norhidayah didakwa atas satu pertuduhan memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam, di pejabat D7 Ibu Pejabat Daerah Polis Wangsa Maju, di sini, pada jam 4 petang, 22 Januari lalu.

Dua tertuduh ini boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda antara RM10,000 dan RM50,00 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim, Siti Aminah Ghazali membenarkan setiap tertuduh ini diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Dalam dua kes itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal dan Sheryn Yong Shi Yee manakala Hasli Ikhwan diwakili peguam, Mohammed Hissham Ramdzan sementara peguam, Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar untuk dua tertuduh wanita terbabit.

Terdahulu, tular isu mengenai aktiviti pensundalan yang bergiat aktif di media sosial terutamanya di jaringan X. Susulan itu, netizen meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pelaku-pelaku berikut.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!