Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, baru-baru ini menyedari satu komen di media sosial yang menyeru orang ramai untuk memboikot program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dengan tujuan supaya program tersebut gagal. Komen tersebut menggunakan bahasa kasar dan meminta masyarakat untuk tidak menyokong usaha program itu.
Berikutan itu, Rafizi mengambil keputusan untuk memberi respon terhadap komen tersebut menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa, 24 Disember 2024.
“Ada yang suruh boikot program IPR supaya bankrap program ini. Boikot saya tak apa, itu tak ada hal sebab memang fahaman politik kita berbeza.”
Namun, Rafizi menegaskan tindakan boikot tidak sepatutnya melibatkan golongan miskin tegar dan keluarga berpendapatan rendah yang mendapat manfaat daripada program tersebut.
“Membantu orang susah itu satu kewajipan dalam Islam. Kalau kita tidak boleh sedekah terus, kita bantu dengan beli jualan mereka,” jelas beliau.
Beliau turut menekankan program IPR telah memberi impak positif kepada ramai keluarga, membantu mereka meningkatkan taraf hidup.
Dalam hantaran itu, Rafizi menambah, “Hidup ni keras, dik. Kalau selalu sakit hati, nanti cepat mati.”
Kenyataan Rafizi itu mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan ramai pihak yang menyokong usaha kerajaan melalui program IPR dan menyeru masyarakat agar tidak menghalang inisiatif membantu golongan yang memerlukan.








