'Hentikan segera parodi lagu GISBH, boleh memesongkan akidah' - Timbalan Mufti Kelantan | The Reporter

‘Hentikan segera parodi lagu GISBH, boleh memesongkan akidah’ – Timbalan Mufti Kelantan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan pembongkaran isu mengenai GISB Holdings, pelbagai pihak tampil mendedahkan pelbagai info mengenai gerakan kumpulan ini.

Bukan itu sahaja, lagu yang didendangkan oleh kumpulan ini juga mula tular dan menjadi ikutan netizen serta menjadi parodi di media sosial.

Bagaimanapun, Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata tindakan berkenaan bercanggah dengan agama Islam.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan lirik lagu berkenaan yang membawa fahaman sesat.

“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial.

“Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan.

Dalam kenyataan tersebut juga, MCMC akan mengambil tindakan dengan menurunkan hantaran berkenaan jika terdapat laporan mengenai perkara tersebut.

Sumber: Berita Harian

Related Posts