'Hentikan naratif memburukkan Langkawi' - Sanusi | The Reporter

‘Hentikan naratif memburukkan Langkawi’ – Sanusi

Sanusi mengkritik naratif yang cuba memburukkan Pulau Langkawi.
Gambar: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa dakwaan Langkawi sunyi dan tidak terurus adalah tidak benar serta memburukkan imej pulau pelancongan popular itu.

Menurut beliau, hasil yang diperoleh di negeri ini, termasuk dari tanah, hutan dan pelancong, kebanyakannya disalurkan ke kerajaan persekutuan.

“Saya dah sebutkan beberapa ketika dulu, hasil negeri dengan hasil federal tak sama. Negeri tinggal tanah je lah hasilnya, kemudian hutan. Lepas tu, galian.

“Selain pada tu pergi federal. Cukai apa-apa pun di negeri ni, semua pergi persekutuan. Termasuk tu pelancong-pelancong duk mai. Pelancong tu main, belanja, buat tukar asing ke apa, cukai apa, dia pun bayar, dia kutip semua pergi federal,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa naratif yang dibina bahawa Langkawi sunyi atau tidak terurus adalah bertujuan untuk menggagalkan usaha kerajaan negeri.

“Lepas tu dia pun buat cerita Langkawi orang tak mai, cuba memburuk-burukkan Langkawi. Padahal Langkawi tu semua hasilnya pergi federal, empat hingga lima bilion setahun. Lepas tu dia buat naratif, ‘oh, Langkawi sunyi, pulau berhantu’. Ini pun ada orang cakap lagi, cakap di Parlimen, Langkawi pun tak reti nak urus, jadi pulau berhantu tu. Ada hati nak ambil pulau Pinang,” katanya.

Baca juga:
Hentikan angan-angan

Menteri Besar Kedah menegaskan bahawa sebarang angan-angan untuk memburukkan Langkawi perlu dihentikan. Beliau menekankan identiti Langkawi sebagai sebahagian daripada Kedah, yang dikenali dan dihargai, serta pencapaian pembangunan yang membanggakan.

“Saya kata, satu ketika dulu, dibina naratif Langkawi ni teruk, takda orang, tak terurus buat semua. Sebab ada agenda untuk mengaambil pulau tu sebagai Wilayah Persekutuan. Ada walaupun tidak tertulis, tapi cara nak buat tu, burukkan pulau tu, gagalkan kita, gambarkan kita tak mampu urus. Lepas tu, Persekutuan lah ambil. Agensi persekutuan dah ada kat situ, LADA.

“Tapi langkah mayat kita dulu lah kalau nak sampai tahap tu. Takkan terjadi, angan-angan itu. Jadi berhentilah memburukkan Pulau Langkawi, permata Kedah,” tegasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Seputuh, Teresa Kok mengkritik kerajaan negeri Kedah dalam menguruskan pembangunan Pulau Langkawi dan mencadangkan agar kerajaan pusat mengambil alih pentabiran Langkawi dan menjadikannya sebagai Wilayah Persekutuan atau Zon Antarabangsa bagi membangunkan semula Langkawi dengan lebih terancang.

Related Posts