'Hati-hati dengan fitnah yang anda sebarkan' - Vivy Yusof - The Reporter

‘Hati-hati dengan fitnah yang anda sebarkan’ – Vivy Yusof

Vivy Yusof penjelasan pelaburan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan dan pengasas Fashion Valet, Vivy Sofinas Yusof, atau lebih dikenali sebagai Vivy, telah memuat naik hantaran di Instastory, menyatakan bahawa beliau akan menjelaskan isu kerugian pelaburan pada masa yang sesuai.

Nama Vivy disebut dalam berita yang tular berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM47 juta.

“Banyak yang ingin saya kongsikan, tetapi pada masa yang sesuai, Insya-Allah. Buat masa ini, saya biarkan orang berkata apa yang mereka mahu. Hati-hati dengan fitnah yang anda sebarkan tentang orang lain,” kata Vivy dalam hantaran tersebut.

Dalam satu lagi hantaran, Vivy turut berkongsi gambar dirinya sedang menerima rawatan di hospital.

“Buat masa ini, saya sedang berjuang melawan ini. Akan kongsikan tidak lama lagi.”

Sebelum ini, media melaporkan Khazanah Nasional Bhd dan PNB mencatat kerugian sebanyak RM43.9 juta selepas menjual pegangan minoriti mereka dalam Fashion Valet Sdn. Bhd., memperoleh hanya RM3.1 juta daripada penjualan itu.

Menurut jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan menjelaskan pelaburan oleh Khazanah bertujuan memupuk usahawan teknologi tempatan dan menyokong sektor e-dagang. PNB pula menyasarkan syarikat runcit digital Bumiputera untuk membangunkan platform runcit serantau jenama Malaysia.

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 memberi kesan mendalam terhadap operasi Fashion Valet, sehingga memerlukan suntikan modal baharu untuk meneruskan perniagaan.

Khazanah dan PNB masing-masing melabur RM27 juta dan RM20 juta pada tahun 2018 untuk memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!