Harith Iskander dikecam gara-gara jenaka tentang menu 'Ham Sap Kopi' - The Reporter

Harith Iskander dikecam gara-gara jenaka tentang menu ‘Ham Sap Kopi’

Harith Iskander dikecam
Harith Iskander

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelawak terkenal, Harith Iskander, menerima kecaman ramai selepas berkongsi hantaran di Instagram mengenai menu air ‘Ham Sap Kopi’. Dalam hantaran itu, Harith cuba berjenaka dengan mengaitkan nama menu tersebut yang dianggap lucu serta membingungkan.

“Iman saya tergugat. Kopi ini boleh membawa saya ke jalan yang salah. Ia bukan sahaja menggoda untuk menjadi ‘ham sap’, tetapi juga mengelirukan saya dengan perkataan ‘ham’ dalam nama itu. Untuk minum atau makan?” tulisnya.

Hantaran Harith Iskander di Instagram yang dikecam ramai netizen

Namun, jenaka itu mencetuskan reaksi negatif di kalangan netizen. Ada yang berpendapat jenaka Harith tidak sensitif terhadap isu agama, terutama selepas insiden tular melibatkan ‘Ham and Cheese Sandwich’ yang dijual di sebuah universiti baru-baru ini.

“Orang macam ni tiada sensitiviti terhadap agama, ingat semua benda boleh dibuat lawak,” tulis seorang pengguna Instagram.

Seorang lagi netizen menggesa tindakan diambil terhadap Harith, “Report je dia ni, ramai-ramai report.”

Selain itu, terdapat juga komen yang menuduh Harith bersikap liberal dan tidak sensitif terhadap isu melibatkan akidah. Keadaan ini menunjukkan bagaimana jenaka yang dianggap ringan oleh sesetengah pihak boleh menimbulkan salah faham dan kemarahan di kalangan masyarakat.

Tindakan Harith itu juga telah mengundang pelawak Shahrol Shiro untuk tampil membuat laporan polis terhadapnya kerana dianggap membuka ruang untuk mempersendakan agama.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!