Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengguna di Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga sayur-sayuran yang dijangka meningkat tiga kali ganda pada bulan November dan Disember ini.
Fenomena ini berlaku disebabkan oleh fasa Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat serta banjir di beberapa kawasan negara, mengakibatkan gangguan bekalan dan kerosakan hasil tanaman.
Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, menjelaskan bahawa harga sayur di peringkat ladang sudah mula naik antara 20 hingga 50 peratus dalam tempoh seminggu kebelakangan ini.
“Harga tomato, sebagai contoh, telah naik daripada RM1.50 sekilogram kepada RM2.30 sekilogram,” katanya.
Selain itu, sayuran seperti daun bawang, kailan, sawi, supak choi, timun, terung dan kacang buncis turut mengalami lonjakan harga yang ketara.
Ramai pekebun bimbang bahawa keadaan ini akan berterusan sehingga Disember, mengakibatkan kos sara hidup rakyat Malaysia meningkat.
Sumber: Berita Harian








