Harga runcit diesel di Malaysia antara yang terendah di dunia, mengundang aktiviti penyeludupan | The Reporter

Harga runcit diesel di Malaysia antara yang terendah di dunia, mengundang aktiviti penyeludupan

Foto Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengumumkan peningkatan harga diesel di stesen runcit di seluruh Semenanjung Malaysia dengan harga diesel ditetapkan pada RM3.35 sen seliter, mulai Isnin, 10 Jun 2024.

Beliau berkata, harga diesel tanpa subsidi ini akan ditetapkan setiap minggu.

Malaysia memiliki salah satu harga diesel runcit terendah di dunia, berbanding harga diesel di negara jiran jauh lebih tinggi dengan Thailand pada RM4, Indonesia pada RM4.50 dan Singapura hampir mencecah RM9.

Keadaan ini (penjualan harga diesel yang rendah) telah mencetuskan isu penyeludupan dan penyelewengan, di mana diesel bersubsidi digunakan dalam sektor komersil yang tidak layak.

Jelas beliau, jumlah diesel bersubsidi telah meningkat secara mendadak dari 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 bilion liter pada tahun 2023, walaupun bilangan kenderaan diesel tidak bertambah dengan ketara.

Ini menunjukkan bahawa subsidi yang diberikan telah tiris dan tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan sasaran.

Akibatnya, kerajaan telah mengalami kerugian berbilion ringgit, yang telah mengurangkan kemampuan untuk membela kepentingan rakyat. Subsidi diesel telah meningkat sepuluh kali ganda dari RM1.4 bilion pada 2019 kepada lebih RM14.3 bilion pada 2023.

Bukan sahaja negara dan kerajaan yang terjejas, malah rakyat juga menanggung kesan daripada aktiviti ‘mengkhianat’ hasil negara ini. Oleh itu, melalui penyesuaian subsidi ini, diharapkan kegiatan penyeludupan dan penyelewengan dapat dikurangkan secara drastik.

Sumber: Harian Metro

Related Posts