Harga batik RM20, tapi bila bos Mydin pakai terus nampak mahal, premium | The Reporter

Harga batik RM20, tapi bila bos Mydin pakai terus nampak mahal, premium

Pakaian batik merupakan warisan budaya yang kaya dan unik bagi masyarakat Malaysia. Batik dikenali sebagai seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Di Malaysia, batik Malaysia dikenali sebagai satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal dan digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

Kini, terdapat banyak corak baharu batik yang digelar sebagai batik moden untuk memenuhi citarasa manusia yang bertukar-tukar mengikut arus perubahan semasa. Namun, apa yang menarik adalah hantaran Mydin di platform X yang tular sejak Jumaat lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, menggayakan baju batik jenamanya sendiri. Meskipun harganya hanya RM20, baju batik tersebut terus kelihatan ‘mahal’ atau premium apabila dipakai oleh beliau.

Ahmad Maslan tertarik, beli 5 pasang

Kecantikan batik Mydin itu turut menarik perhatian pemimpin politik, Ahmad Maslan. Menurut beliau, baju batik yang dibelinya sebelum ini berharga sekitar RM110. Berbeza dengan harga batik Mydin hanya RM20 sahaja.

“Murah betul baju batik yang dipakai pemilik dan bos Mydin. Cuma RM20. Baju batik saya sekitar RM10.

“Saiz L dan jika tak sempat, saya akan beri duit kepada staf saya agar beli lima pasang di Mydin. Baru RM100, secepat mungkin sebelum stok habis,” katanya yang lebih gembar berbelanja di pasar raya kos lebih rendah.

Humble dan simple sangat

Netizen memuji penampilan beliau dengan batik jenamanya sendiri, berbanding individu yang berlagak kaya tetapi suka menunjuk-nunjuk¹.

Amirul berkata, “Orang lain pakai, nampak macam harga RM20. Bila bos Mydin pakai, yang RM20 pun orang nampak macam batik lukis tangan Terengganu, RM2,000.”

Jurhaifah pula menyatakan, “Orang yang betul-betul kaya raya memang humble dan simple sangat. Tak macam orang yang acah-acah kaya keciput show off je kerja hutang pun keliling pinggang.”

Related Posts