‘Harap orang ramai terima perubahan ini dengan terbuka’ - Isu tak bertudung, Alya Iman sudah lali dengan kecaman netizen - The Reporter

‘Harap orang ramai terima perubahan ini dengan terbuka’ – Isu tak bertudung, Alya Iman sudah lali dengan kecaman netizen

Sumber gambar: Instagram Alya Iman

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sejak mengambil keputusan untuk tidak memakai tudung April lalu, pelakon Alya Iman, 22, selalu menjadi sasaran netizen untuk dikecam berhubung penampilannya yang nampak seksi.

Anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha itu bagaimanapun enggan mengambil pusing mengenai kecaman di media sosial. Sebaliknya mahu terus menjadi dirinya sendiri.

Berkata kepada Harian Metro, Alya sedar keputusannya itu akan dikecam ramai tetapi baginya lebih baik dia menjadi diri sendiri dan berharap orang ramai dapat menerima kebenaran itu dengan hati terbuka.

“Inilah diri sebenar saya. Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikecam ramai. Tetapi inilah penampilan diri saya yang sebenar.

“Saya sukakannya dan berharap orang ramai dapat menerima perubahan ini dengan hati terbuka,” katanya.

1 Syawal lalu, Alya memuat naik gambarnya tidak bertudung di media sosial. Menurut Alya, dia berbuat demikian kerana tidak mahu terus bersikap hipokrit dan menampilkan imej dirinya yang sebenar.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!