'Harap jangan jadi tumpuan B40, mula nampak kereta Proton, Perodua kat sini' - Lelaki kecewa mall yang sering dikunjung tukar nama - The Reporter

‘Harap jangan jadi tumpuan B40, mula nampak kereta Proton, Perodua kat sini’ – Lelaki kecewa mall yang sering dikunjung tukar nama

Gambar Hiasan: Joina City

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pusat beli-belah antara lokasi yang sering dipenuhi oleh orang ramai samada di hujung minggu mahupun cuti umum.

Tumpuan orang ramai bukan sahaja mahu membeli tetapi sekadar mencuci mata atau membawa anak-anak keluar berjalan.

Di pusat beli-belah pula tiada istilah atau pengkelasan tertentu, namun orang ramai tidak kira pangkat atau status boleh memasuki mana-mana pusat beli-belah.

Bagaimanapun, ulasan yang diberikan oleh seorang lelaki menerusi Google review dikecam ramai.

Menerusi ulasan tersebut, beliau meluahkan rasa kecewa apabila sebuah pusat beli-belah yang sering dikunjungi telah menukar nama. Katanya nama sebelum ini sudah kedengaran seperti mewah dan eksklusif.

“Kecewa melihat pusat beli-belah kegemaran saya dah ditukar nama. Nama sebelum ni kedengaran dah cukup ‘mewah’,” katanya.

Dia mengharapkan apabila nama pusat beli-belah berkenaan ditukar, golongan B-40 tidak menjadi pelanggan tetap di pusat beli-belah berkenaan.

“Harap sangat kumpulan B40 tak jadi pelanggan tetap kat sini.

“Mula Nampak banyak kereta Proton dan Perodua sejak akhir-akhir ni,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!