'Haram walaupun sekadar lakonan tanpa dialog' - Mufti Pulau Pinang | The Reporter

‘Haram walaupun sekadar lakonan tanpa dialog’ – Mufti Pulau Pinang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Dr. Mohd Sukki Othman, menegur perbuatan seorang pencipta kandungan wanita dan anaknya melakonkan watak sebagai suami dan isteri.

Laporan berkaitan:

Walaupun video tersebut hanya sekadar lakonan, Mufti menjelaskan perbuatan itu menuju ke arah yang haram dan tidak selari dengan ajaran Islam. Malah, pentingnya menghindari mencipta kandungan sedemikian sama ada untuk simpanan sendiri atau untuk tontonan umum.

“Walaupun sekadar lakonan, perbuatan itu menuju kearah sesuatu yang haram, malah tidak sesuai dan bukan selari dengan ajaran Islam.”

Menjelaskan lebih lanjut, meskipun video tersebut hanyalah lakonan tanpa dialog, penghormatan sebagai ibu sudah tiada. Ibu bapa harus memberikan kasih sayang kepada anak sebagai anak, bukan sebagai pasangan. Demikian pula, anak harus menghormati dan taat kepada orang tua sesuai dengan status mereka sebagai anak.

Justeru, Mufti Mohd Sukki menasihatkan para pencipta kandungan untuk merujuk individu yang pakar dan arif dalam soal agama sebelum memuat naik sebarang video atau konten sensitif di media sosial. Ini penting agar mereka memahami batasan-batasan yang ada.

Terdahulu, media sosial kecoh dengan seorang TikToker wanita yang menghasilkan kandungan ‘POV: Suami Isteri’ dengan menggunakan anak lelakinya untuk melakonkan watak suami.

Video itu mengundang kecaman netizen yang menganggap konten sedemikian bukan sahaja menjijikkan, malah mengundang kepada perbuatan sumbang mahram.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Dya itu telah tampil memohon maaf, menerima teguran dan akan cuba memperbaiki kelemahannya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts