'Saya tak pandang anak sebagai suami' - Dya tampil jawab tuduhan 'groom anak' | The Reporter

‘Saya tak pandang anak sebagai suami’ – Dya tampil jawab tuduhan ‘groom anak’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Heboh di media sosial ketika ini, seorang wanita membuat konten parodi watak suami-isteri yang melibatkan anak lelakinya yang masih di bawah umur.

Bagaimanapun, warga maya tidak menyenangi kandungan sedemikian kerana remaja tersebut memegang watak lelaki dewasa dan menampilkan lakonan yang dianggap tidak bersesuaian dengan usianya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Dya atau nama sebenar, Nurhidayah menegaskan, dia tidak berniat jahat semasa menghasilkan kandungan itu. Semua kandungan yang dimuat naik adalah untuk mencari rezeki halal, terutamanya setelah kehilangan suami akibat Covid-19 pada tahun 2021.

Dya membuat kandungan bersama dengan anak sulung, Hilman, berusia 14 tahun. Walaupun kandungannya beragam dan mengikut trend, Dya sentiasa memastikan lakonan mereka tidak melampaui batas dan tidak membahayakan keselamatan anak-anaknya.

“Saya buat konten tu bersama anak sulung saya berumur 14 tahun, namanya Hilman. Sebenarnya pelbagai jenis watak yang Hilman pernah bawa sebelum ni, ada watak gangster dan juga warga emas.

“Konten kami ni beraneka, kami hasilkan ikut trend semasa tapi tidak akan melampaui batas, saya juga masih waras,” katanya.

Bagi Dya, dia langsung tidak melihat anaknya sebagai suami ketika merakam video tersebut. Sebaliknya, apa yang dilakukan mereka adalah berlandaskan seni dan situasi yang sering terjadi seperti dalam siaran di televisyen.

“Saya tak rasa ia satu masalah besar, saya tidaklah pandang anak sebagai suami sebenar, ia adalah sketsa dan lakonan yang merupakan satu bentuk seni, seperti dalam rancangan televisyen arus perdana.

“Tiada niat langsung untuk saya groom anak atau yang seangkatan dengannya,” ujarnya.

Selain itu, Dya telah mendapatkan nasihat dari peguam dan pihak polis berhubung kandungannya sekiranya video-video tersebut melanggar undang-undang.

Sumber: mStar Online

Related Posts