Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, pempengaruh, Cik Epal, yang baru berpisah dengan suaminya, Jofliam, telah menyatakan keterbukaannya untuk dijodohkan dengan pelakon kacak, Fattah Amin, selepas menerima pelbagai komen dari peminat.
Dalam satu hantaran di Instastory, Cik Epal menjawab soalan netizen dengan mengatakan dia bersedia jika dijodohkan dengan pelakon berkenaan dan jawapannya itu mengundang pelbagai reaksi pengikutnya.
Hormat tempoh iddah
Namun, Jofliam mengingatkan bekas isterinya untuk menjaga maruah semasa tempoh iddah. Beliau berkata, Cik Epal perlu menghormati tempoh iddah serta tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki lain, terutamanya yang masih mempunyai isteri.
“Kepada Cik Epal, awak dalam keadaan iddah. Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah, tengah kenen dengan orang lain.
“Yang awak kenenkan tu, dia ada isteri dalam keadaan iddah. Awak patut hormat isteri dia,” katanya.
Jofliam menafikan dakwaan kononnya dia cemburu, sebaliknya dia berasa malu dengan tindakan bekas isterinya itu.
“Saya tak rasa cemburu cuma rasa malu. Sebagai bekas suami, saya ada bekas isteri yang beriya-iya nak bekas suami orang yang isterinya masih dalam keadaan iddah juga. Saya malu. Dengan bangga update dekat posting,” katanya.
Haram dilakukan dalam tempoh iddah
Sementara itu pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dalam hantarannya di Instagram memaklumkan, adalah haram bagi wanita yang masih dalam tempoh iddah untuk berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain.
Imam Ibnu Quddamah dalam Kitab Al-Mughni juga menegaskan bahawa perempuan dalam tempoh iddah raj’ie tidak halal untuk dipinang.