'Hang nak buat duit kan?' - Insiden pergaduhan tular libatkan peniaga & Penguat Kuasa MBAS - The Reporter

‘Hang nak buat duit kan?’ – Insiden pergaduhan tular libatkan peniaga & Penguat Kuasa MBAS

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Satu insiden pergaduhan berlaku antara beberapa peniaga dan Penguat Kuasa tular di media sosial.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Alor Star itu berpunca daripada beberapa penjaja yang menjalankan perniagaan secara haram di depan Masjid Zahir, Alor Setar.

Menerusi rakaman tersebut, seorang lelaki bertindak memaki hamun Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar yang bertugas. Insiden tolak menolak turut berlaku melibatkan peniaga dan Penguat Kuasa.

“Naik buat duit kan? Hang tak ada duit kan? Meh, nak bagi duit,” kata lelaki berkenaan.

Walaupun insiden berkenaan telah ditenangkan oleh beberapa peniaga dan Penguat Kuasa yang lain, namun hanya sia-sia.

Kemudiannya, apabila beberapa Penguat Kuasa mula untuk beredar dari tempat kejadian, lelaki berkenaan tanpa henti melakukan provokasi membuatkan salah seorang Penguat Kuasa datang kepadanya.

Masih tidak berpuas hati, lelaki berkenaan mula menendang tong sampah dan seolah mencabar pihak Penguat Kuasa.

Beberapa lama kemudian, kelihatan seorang wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan menarik tangan suaminya meminta hentikan pergaduhan.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!