Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Guru, satu sosok yang tidak dapat dinafikan pengorbanan yang dicurahkan demi kejayaan anak-anak murid. Tiada guru, indivdiu seolah dalam kegelapan tercari-cari hala tuju masa depan.
Seiring dengan itu juga, 16 Mei dijadikan sebagai hari memperingati guru.
Hari Guru disambut dengan meriah dikebanyakan sekolah. Kesempatan itu juga, sebagai tanda menghargai guru pelajar-pelajar memberikan hadiah istimewa buat guru mereka.
Satu video tular memaparkan gelagat dari murid-murid sekolah SK Pos Bersih, Slim River yang menghadiahkan gurunya ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah dan kuali. Ulam dan sayur dibungkus dengan kreatif seperti jambangan bunga.
Bukan barangan mewah, tetapi dilihat ketulusan dan keikhlasan anak-anak murid ini dalam menyampaikan ucapan tanda terima kasih.
Situasi ini turut mengingatkan kita sama seperti keikhlasan seorang anak murid yang disampaikan menerusi Antologi Sehijau Warna Daun dengan cerpen bertajuk Hadiah Hari Guru yang ditulis oleh Rejab F.I.
Dalam cerpen berkenaan, diceritakan Ramli seorang murid Tahun Lima yang ingin memberikan gurunya hadiah, namun tidak semampu rakan-rakan yang lain. Ramli bagaimanapun tetap menghadiahkan gurunya dengan ulam pucuk janggus.
Bagaimanapun, murah atau mahal sesuatu barangan, bukan soalnya tetapi keikhlasan seorang murid dan guru memberi dan menerima adalah satu tanda nilai yang lebih berharga.








