Guru sekolah rendah dirakam tengking & tampar anak murid dalam video tular - The Reporter

Guru sekolah rendah dirakam tengking & tampar anak murid dalam video tular

Satu video tular merakamkan tindakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Terengganu terhadap muridnya dikecam ramai.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan guru tersebut sedang memarahi muridnya yang berdiri di depan rostrum.

Bukan hanya ditengking, malahan murid tersebut juga ditampar dan ditolak keluar dari kawasan tersebut. Insiden tersebut berlaku di dalam sebuah majlis di sekolah berkenaan dan disaksikan oleh orang ramai.

Wanita yang memuat naik video ini mendakwa sudah banyak kisah yang diperkatakan mengenai guru berkenaan. Tujuan dia memuat naik video itu bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar peringatan kepada semua.

“Kau cikgu ke ke Guru Besar ke, tak kisahlah siapa. Cuma waktu nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab. Aku tak pernah buat student aku sampai macam tu walau nak marah macam mana pun.

“Orang lain tak buat marah anak-anak murid depan orang ramai,” tulisnya.

Susulan itu, netizen meminta agar guru berkenaan dikenakan tindakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu, wanita ini menyatakan kes tersebut sudah disiasat apabila video itu mula tular.

Sumber: Siti Hajar

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!