Guru lelaki pusat jagaan kanak-kanak ditahan | The Reporter

Guru lelaki pusat jagaan kanak-kanak ditahan

Sumber Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak ditahan kerana didakwa telah menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia enam tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, pihaknya menerima laporan yang dibuat bapa kanak-kanak lelaki berkenaan semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ditendang, dipukul dan ditarik secara kasar sehingga tarjatuh dari kerusi.

Selain daripada itu, terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan.

“Susulan dari laporan yang diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang.

“Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Justeru itu juga, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Related Posts