Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta warga pendidik yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan (KPM) terlebih dahulu.
Satu garis panduan jelasnya telah wujud berkenaan perkara tersebut.
Beliau juga menegaska kerja-kerja sambilan yang dilakukan tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka.
“Dan, apa sahaja keperluan (kerja sambilan) yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka. Ia juga tidak boleh dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki.
“Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada. Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP,” katanya.
Dalam pada itu juga, Fadhlina mengulas mengenai isu permohonan pertukaran guru. Beliau menafikan dakwaan mengatakan apabila isu tersebut mula tular, proses pertukaran akan dilakukan dengan lebih cepat.
“Sebarang pertukaran kena ambil kira ekosistem pendidikan. Keutamaan kita masih lagi pada isu jarak jauh, keselamatan, kesihatan dan sebab-sebab lain yang kita pertimbangkan dalam konteks kebajikan guru.
“Setakat ini, pertukaran tertinggi adalah disebabkan pasangan jarak jauh,” katanya.
Sumber: Berita Harian








