Geng Mat Rempit yang sedang berlumba haram, nyaris maut digilis treler - The Reporter

Geng Mat Rempit yang sedang berlumba haram, nyaris maut digilis treler

Aktiviti merempit yang semakin berleluasa bukan sahaja membahayakan diri penunggang motosikal itu sendiri, malah juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Tular satu video di media sosial semalam menunjukkan beberapa penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan di lokasi yang tidak dinyatakan. Walaupun ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Kuantan, Pahang, namun lokasi sebenar masih belum dapat disahkan.

Berdasarkan video tersebut, sekumpulan penunggang motosikal terbabit disyaki sedang berlumba haram. Apabila tiba di lokasi kejadian, ada di antara mereka tidak sempat membrek dipercayai merempuh kenderaan yang sedang berkumpul di situ.

Sebuah treler yang berada di laluan sama nyaris merempuh mereka, namun berjaya mengelak dengan memasuki lorong kanan.

‘Nanti kereta kau ada masalah, budak motor juga yang tolong’

Nasib mangsa-mangsa kemalangan masih tidak diketahui. Namun, di media sosial, ramai yang mengecam perbuatan mereka, termasuk yang menonton perlumbaan haram tersebut.

Ada netizen yang menggesa pihak berkuasa meningkatkan lagi rondaan di kawasan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penunggang motosikal yang terlibat.

Tetapi, tampil seorang individu membidas komen netizen yang dianggap berlebihan.

“Komen lebih-lebih, nanti kereta kau ada masalah di tepi jalan, kemalangan ke apa ke, budak-budak motosikal ini juga yang sampai dulu nak tolong,” kata Azlan.

Bagaimanapun, komen itu dibidas semula oleh netizen lain.

“Jangan jadikan itu sebagai modal kau untuk merempit. Lepas tu sesuka hati kacau jalan. Nak mati cepat boleh, tetapi jangan libatkan orang lain yang ada keluarga,” tegas Aekil.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!