'Geli aku, tengok muka pun nak muntah' - Gadis TikTok hina lelaki Sabah, tampil mohon maaf selepas video tular - The Reporter

‘Geli aku, tengok muka pun nak muntah’ – Gadis TikTok hina lelaki Sabah, tampil mohon maaf selepas video tular

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


“Dia buat comel, dia ingat dia comel weh. Geli aku tengok, muka pun nak muntah. Tengok weh, dia sengih-sengih,” demikian kata gadis yang dipercayai berasal dari Pulau Pinang, ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok bersama seorang lelaki.

Difahamkan, gadis berkenaan dikenali sebagai Sara, ketika itu sedang bersiaran langsung dengan seorang lelaki. Namun, Sara dipercayai tidak menyedari lelaki itu berasal dari Sabah dan memahami bahasa Melayu.

Di kesempatan itu, Sara dengan tanpa berselindung melemparkan kata-kata yang tidak sewajarnya terhadap lelaki berkenaan. Malah dia turut mengajuk cara lelaki itu bercakap dengan nada yang sangat menjengkelkan.

Sara kemudian memuji lelaki itu kelihatan kacak, lalu individu itu membalas, “Terima kasih, tadi kau hina”.

https://www.tiktok.com/@missqq20/video/7305656099879832834

Kata-kata itu membuatkan Sara tercengang seketika selepas menyedari lelaki berkenaan memahami bahasa Melayu.

“Weh dia faham weh. Gila aku.. mampuslah aku,” katanya yang mahu menamatkan sesi siaran langsung tersebut.

“Takutlah tu. Lain kali kau respect orang dulu. Mana mana kau nak respect orang kalau perangai kau buruk. Kau pun bukan terlampau cantik.

“Kau ingat (orang) Sabah tak faham bahasa Melayu kah?” katanya.

Susulan video tular itu mendapat kecaman ramai, Sara tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang Sabah.

“Sara nak buat video permohonan maaf. Saya nak minta maaf sangat-sangat kepada orang Sabah. Sara sebenarnya tiada niat nak menghina orang Sabah, nak judge orang Sabah.

https://www.tiktok.com/@vuhanut_22/video/7305703220238699778

“Sara tiada niat langsung, sumpah. Seriously Sara tak ada niat langsung nak hina orang tapi cara melawak sebab cara Sara melawak tak sama dengan cara orang luar melawak. Sebab Sara orang utara, kalau melawak macam tu dah terbiasa bagi Sara,” katanya.

Jelas gadis itu lagi, disebabkan video itu tular meluas di media sosial, dia turut ditegur oleh ibu bapanya sebelum diarahkan membuat video permohonan maaf tersebut.

Sara sendiri tidak menyangka video itu akan menjadi kes besar. Dia juga mengatakan kesediaan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Philip.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!