Garuda Indonesia nafi rekrut wanita menyamar pramugari Batik Air | The Reporter

Garuda Indonesia nafi rekrut wanita menyamar pramugari Batik Air

Wanita menyamar sebagai pramugari Batik Air, isu pramugari gadungan yang tular di media sosial dan dinafikan Garuda Indonesia.
Garuda Indonesia nafi rekrut pramugari gadungan, gambar tular disahkan hasil teknologi AI.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Garuda Indonesia menafikan dakwaan kononnya syarikat penerbangan nasional itu merekrut seorang wanita yang menyamar sebagai pramugari Batik Air, selepas isu berkenaan tular di media sosial.

Menurut Garuda Indonesia, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar. Ketua Komunikasi Korporatnya, Dicky Irchamsyah, menjelaskan gambar yang tersebar luas di media sosial adalah hasil manipulasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan, setakat ini Garuda Indonesia belum membuka sebarang pengambilan awak kabin dan semua maklumat rasmi berkaitan kerjaya hanya disalurkan melalui laman web rasmi syarikat.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dan sentiasa membuat semakan sebelum berkongsi sebarang maklumat.

Baca juga:

Penyamaran pramugari Batik Air cetus kekecohan

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Khairun Nisa mencetuskan perhatian ramai apabila didakwa menyamar sebagai pramugari Batik Air. Wanita terbabit dirakam mengenakan pakaian menyerupai seragam pramugari lengkap dengan rambut disanggul kemas, sebelum berjaya menaiki penerbangan dari Palembang ke Jakarta.

Bagaimanapun, tindakannya terbongkar selepas disyaki oleh kru Batik Air, sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.

Pihak Polis Lapangan Terbang Soekarno-Hatta mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Insiden berkenaan berlaku dalam penerbangan Batik Air ID 7058 dari Palembang ke Jakarta, dan dilaporkan sekitar jam 10 malam pada 6 Januari lalu di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Kes berkenaan kini disiasat pihak berkuasa bagi mengenal pasti motif serta sebarang unsur penipuan yang mungkin wujud. – Agensi

Related Posts