Gara-gara terjah suami kantoi curang di hotel, isteri dibelasah suami - The Reporter

Gara-gara terjah suami kantoi curang di hotel, isteri dibelasah suami

Tular di media sosial merakamkan insiden seorang lelaki memukul isterinya selepas berlakunya pergaduhan antara mereka. Pergaduhan itu tercetus dipercayai gara-gara lelaki berkenaan didakwa curang dalam kejadian di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata pada jam 3 petang semalam pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan suami isteri.

“Susulan pergaduhan itu, mangsa seorang perempuan Melayu cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

“Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya.

Isteri lelaki berkenaan yang dikatakan baru sahaja habis berpantang bertindak untuk pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan.

Sumber: Berita Harian, Media Sosial

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!