Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Zaman kanak-kanak merupakan satu fasa indah yang dilalui apatah lagi apabila dapat melakukan aktiviti bersama kawan-kawan.
Segalanya hanya menjadi kenangan apabila sudah meningkat dewasa lebih-lebih lagi kenangan yang melucukan.
Satu hantaran video tular memaparkan sekumpulan kanak-kanak dibawa masuk ke trak polis.
Kejadian yang dirakam pada Waktu malam itu menujukkan sekumpulan kanak-kanak itu berbaris panjang seperti perbarisan di sekolah.
Kelihatan juga beberapa ibu bapa berada di tempat kejadian.
Menerusi hantaran itu, rupa-rupanya kanak-kanak berkenaan dibawa menaiki trak atas laporan dari ibu bapa.
“Gara-gara suka lepak malam-malam, mak ayah report polis angkut anak,” katanya.
Hantaran berkenaan mengundang perhatian ramai sehinggakan ada yang mencadangkan agar kanak-kanak itu diberikan sekali pakej dengan tazkirah panjang.
Sumber: khairulazizi75








