Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Powerbank merupakan peranti mudah alih yang membolehkan kita mengisi semula bateri peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet atau earphone tanpa perlu mencari soket elektrik. Ia sangat berguna ketika kita berada di luar rumah atau dalam perjalanan.
Namun, walaupun powerbank memberi banyak manfaat, terdapat beberapa risiko yang perlu diambil perhatian. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pencipta kandungan baru-baru ini di mana rumahnya terbakar akibat powerbank meletup secara tiba-tiba. Tiada sebarang kemalangan jiwa nyawa yang berlaku, tetapi harta benda dalam kediaman mereka musnah dalam kebakaran.
“Habis studio selepas rumah dah terbakar semalam. Atas rumah dah tak ada apa, atap semua dah jatuh ke bawah. Kerusi gaming dan komputer terbakar, pendingin hawa pun dah hancur. Rasanya semua dah hancur, cuma belah sini (almari) macam ada harapan. Tangan pun masih bergegar (nak rakam video).
“Yang paling teruk adalah di bilik tidur. Dah tak nampak apa, katil tinggal spring. Yang sedihnya, banyak smartphone yang terbakar seperti Z Flip, Honor Magic, LG. Tetapi seperti biasa, Quran tak terbakar,” kata pemilik rumah, Muhammad Zahari.
Menurut beliau, punca kebakaran disebabkan powerbank yang meletup secara tiba-tiba. Namun, ketika itu peranti tersebut tidak digunakan.
“Kami guna powerbank itu. Tetapi semasa meletup, kami tak guna. Powerbank itu meletup di tepi isteri saya,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku, orang ramai dinasihatkan tidak mendedahkan powerbank kepada haba tinggi atau cecair dan elak mengecas telefon bimbit semasa powerbank sedang dicas. Selain itu, hentikan penggunaan powerbank jika terdapat tanda-tanda kerosakan pada peranti seperti bengkak, calar atau bocor.
Sumber: X Akeem








