Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial mengenai kejadian seorang pemandu lori yang diserang oleh seorang lelaki, dipercayai kerana tidak berpuas hati selepas pemandu lori tersebut membunyikan hon di sebuah plaza tol di Kempas.
Penumpang sebuah kereta Proton Wira keluar dari kenderaan dalam keadaan marah lalu mengetuk beberapa kali pintu lori berkenaan.
Pemandu lori hanya meminta lelaki itu supaya segera bergerak ke hadapan. Namun, lelaki tersebut kelihatan masih tidak berpuas hati. Dia kemudian membuka pintu lori dan menyerang pemandu terbabit.
Pada awalnya, pemandu lori tidak melawan. Namun, selepas diserang bertubi-tubi, dia bertindak menyiku dan menendang lelaki berkenaan sebagai mempertahankan diri.
“Kau yang serang saya dulu, kan?” kata pemandu lori dengan nada marah.
Melihat keadaan semakin tegang, kelihatan seorang petugas tol tampil untuk meninjau situasi sebenar. Pemandu lori turut menceritakan apa yang berlaku kepada petugas tersebut.
“Dia hentam saya dulu. Dia mabuk, bang,” katanya.
Pemandu Proton Wira dan petugas tol cuba menenangkan lelaki berkenaan, namun dia masih kelihatan tidak berpuas hati.
Rata-rata pengguna media sosial menyatakan sokongan terhadap tindakan pemandu lori yang berani mempertahankan diri dalam insiden tersebut.








