Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Musibah banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa buah negeri menyentuh emosi ramai.
Ada yang kehilangan barangan rumah, haiwan ternakan dan juga rumah musnah dibawa arus.
Keprihatinan masyarakat Malaysia tidak dapat dinafikan lagi dengan menghulurkan pelbagai jenis bantuan.
Namun, bukan sahaja meruntun emosi rakyat Malaysia, malahan rakyat di luar negara turut bersimpati dengan nasib mangsa banjir.
Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Nazmi, telah berkongsikan video ucapan oleh beberapa individu dari Jepun yang melahirkan simpati dengan nasib mangsa banjir.
“Kepada semua rakyat Malaysia, walaupun berat ujian berlaku pada masa ini, teruskan usaha!
“Bangkit semula tempat di mana kamu berada, semangat Malaysia!” katanya.
Rata-rata netizen terharu dengan ucapan dan kata-kata semangat dari rakyat Jepun.